Skip to main content
Berita TempatanSabah

JaPen Bersatu Melalui Sukan Lahirkan Anggota Berwibawa

By 16 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Warman Wagiman (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 Nov (Malaysiaktif) – Sukan Penerangan (SUPEN) 2015, Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada Sabtu lepas hingga Ahad mampu menjadikan anggota Jabatan lebih bersatu dan berkerjasama mencapai matlamat Jabatan sebagai penyampai maklumat yang lebih tepat dan diyakini,”kata Datuk Almain Ajirul, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah.

Majlis Perasmian SUPEN Sabah 2015 itu dirasmikan oleh Pengarah Jabata Penerangan Malaysia Sabah , Datuk Haji Almain Ajirul, di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang.

Beliau berkata, “Melalui sukan ia mampu melahirkan anggota di Jabatan seiring sehati dan sejiwa untuk bersama menerajui arus perubahan maklumat yang lebih berwibawa untuk melahirkan masyarakat yang komited membangunkan negara yang lebih harmoni dan selamat”.

“Kita perlu berkerjasama sepenuh hati, berkorban hidup demi melahirkan masyarakat yang sedar akan erti keamanan kerana Jabatan hari ini berdepan dengan musuh maklumat fitnah internet yang jauh lebih pantas dan digemari masyarakat hari ini,” katanya lagi.

Pra Pelancaran yang dilaksanakan dengan penuh semangat setia kawan ini turut menyaksikan penyampaian cenderahati daripada setiap kontijen yang menyertai iaitu Zon Tengah yang mewakili Ibu Pejabat, Zon Timur meliputi Sandakan dan Tawau, Zon Pedalaman merangkumi WP Labuan, Bahagian Pedalaman Atas dan Bahagian Pedalaman Bawah, manakala Bahagian Pantai Barat Selatan dan Pantai Barat Utara mewakili Zon Pantai Barat.

Sebanyak sepuluh acara sukan dipertandingkan bagi memilih wakil Zon Sabah dan WP Labuan ke SUPEN Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada Disember depan.

Antara acara yang dipertandingkan termasuk,  Bowling, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Dart, Karom, Dam Haji, Ping Pong dan Golf yang melibatkan hampir keseluruh anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

 

Tinggalkan komen anda