Skip to main content
EkonomiHomeViral

KJ – Debat 1MDB Tidak Selesaikan Masalah

By 3 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Malaysiaaktif) — Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dan ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat itu.

Beliau menegaskan masalah itu seharusnya diselesaikan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri.

“Debat ini lebih kepada mungkin penerangan kepada masyarakat umum, tetapi penyelesaian yang lebih penting adalah melalui proses PAC,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

“Debat ini mungkin boleh memberi pencerahan kepada orang awam, tetapi tidak dapat selesaikan kes 1MDB.”

Namun, beliau berkata keputusan itu terletak kepada pihak yang terbabit yang dilihat akan membuat tindakan sewajarnya.

“Terpulang kepada mereka kalau sekiranya mereka merasakan itu cara yang terbaik.”

Sebelum ini, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin memaklumkan beliau tidak menghalang debat itu daripada berlangsung.

Namun, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menegaskan ahli PAC tidak boleh mendedahkan maklumat dalam prosiding selagi ia tidak dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

 

Tinggalkan komen anda