Skip to main content
HomeViral

Ku Nan: Media Dihadkan Kerana Laporan ‘Putir Belit’ PAU

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PETALING JAYA, 25 Nov — Liputan media untuk Perhimpunan Agung Umno 2015 (PAU 2015) akan dihadkan ekoran beberapa media yang melakukan ‘laporan putar belit’, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaliknya, media hanya dibenarkan membuat liputan sidang akhbar oleh naib presiden selepas mereka mengadakan mesyuarat tertutup.

“Bukan seperti perhimpunan agung sebelum ini, tidak,” katanya ketika diminta mengesahkan laporan bahawa media tidak dibenarkan membuat liputan semasa perhimpunan agung.

“Walau bagaimanapun, anda boleh membuat liputan selepas selesai persidangan. Dua naib presiden akan memberikan sidang media harian. Setiap hari kami akan melakukan sidang akhbar selepas bermesyuarat di bilik media,” katanya, Rabu.

Beliau juga berkata bahawa petugas media tidak dibenarkan melaporkan ucapan atau perbahasan perwakilan parti.

Halangan itu terpakai untuk media arus perdana dan media alternatif.

Pas media masih akan dikeluarkan kepada mereka yang berdaftar supaya mereka boleh menghadiri sidang akhbar.

Sebelum ini, media telah diberi akses untuk membuat liputan acara dan sebahagian besar persidangan semasa perhimpunan agung parti.

Ini termasuklah ucapan dan perbahasan oleh pemimpin-pemimpin parti dan perwakilan peringkat bahagian.

Perhimpunan itu akan diadakan dari 8 hingga 12 Disember ini.

 

-MS

 

Tinggalkan komen anda