Skip to main content
Berita TempatanJohor

Peluang Rakyat, Pemimpin, Agensi Kerajaan Berinteraksi

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Nov (Malaysiaaktif) – SEMARAK JOHOR merupakan program yang bukan sahaja memberi peluang dan ruang kepada rakyat dan jabatan/agensi kerajaan berinteraksi, malah lebih dari itu, ia turut menjadi platform mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

Demikian menurut Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Johor, Haji Mohammad Khair A. Malik, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk SEMARAK Johor Gelang Patah 2015 pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Negeri Johor semalam.

“Dengan himpunan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mahupun kehadiran para pemimpin sepanjang program, rakyat akan berpeluang mengetahui dengan lebih dekat tentang peranan dan dasar-dasar kerajaan melalui interaksi secara langsung,” tambahnya lagi.

Program SEMARAK Johor telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada 9 hingga 11 Julai 2010 di DUN Bukit Gambir, Muar. Sejak dari itu, SEMARAK Johor telah menjelajah dan singgah dari daerah ke daerah sehinggalah pada kali ini DUN Gelang Patah menjadi lokasi program.

Penganjuran kali ini akan berlangsung dari 20 hingga 22 November 2015, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Padang Awam MPJBT Gelang Patah.

Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, akan merasmikan program tersebut pada 22 November 2015 (Ahad).

 

Tinggalkan komen anda