Skip to main content
HomeViral

Jakim Tidak Relevan: Aziz Setuju Dengan Zaharin Yasin

By 13 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Admin

KUALA LUMPUR , 13 Nov (Malaysiaaktif) — Dr Abdul Aziz Bari yang dianggap ramai dalam kalangan puak politik pembangkang sebagai seorang ‘pakar’ dalam Undang-Undang Perlembagaan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pendapat ahli Umno akar umbi Zaharin Mohd Yasin  bahawa Jakim melanggar Perlembagaan Persekutuan adalah betul.

Alasan yang diberikan oleh Aziz kerana ketua agama Islam di setiap negeri ialah raja-raja Melayu, sementara Yang diPertuan Agong hanya bertanggungjawap ke atas negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Aziz yang kini berkhidmat untuk Universiti Selangor (Unisel) berkata untuk mengatasi masalah ini, Jakim perlu diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dan bukan Perdana Menteri.

Pendapat beliau yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insider sebentar tadi berkata kerajaan tidak sepatutnya mencampuri kehidupan umat Islam di Malaysia mahu pun menentukan cara mereka mengamalkan agama.

Walau bagaimanapun, sebelum ini Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan tersebut masih lagi relevan.

 

Tinggalkan komen anda