Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Rakyat Jelata Ziarah Jenazah Raja Muda Kedah

By 29 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fatin Nabila (Alor Setar)

ANAK BUKIT, 29 Nov (Malaysiaaktif) — Dalam suasana pilu dan kesedihan yang jelas terasa, rakyat jelata tiba ke Istana Anak Bukit petang ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah yang mangkat akibat gering pada pukul 1.00 pagi tadi.

IMG-20151129-WA0014

Foto: Malaysiaaktif Kedah

Dengan berpakaian serba hitam anggota masyarakat pelbagai kaum masuk ke pekarangan Istana Anak Bukit  pada pukul 1.30 petang untuk memberi penghormatan terakhir.

Istiadat penghormatan orang awam ini berlangsung dari pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang dan disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing bermula 2.30 petang hingga 3.30 petang.

mangkat2

Terdahulu, lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia mengusung keranda jenazah Almarhum yang dilitupi kain songket berwarna kuning diraja, memasuki balairung seri sebelum diletakkan di atas peterana tiga anak tangga, juga berwarna kuning diraja, berhadapan singgahsana.

Ini disusuli perarakan masuk darjah-darjah kebesaran baginda oleh 11 pegawai daripada pasukan keselamatan. Darjah-darjah kebesaran itu diletak di atas bantal berwarna kuning diraja yang kemudian disusun mengelilingi keranda.

Antara yang turut hadir, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Tinggalkan komen anda