Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Sekolah Aminuddin Baki KL Sasar GPS 2.13 untuk SPM 2015

By 4 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

 KUALA LUMPUR, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Popular sebagai salah sebuah sekolah harian kawalan terbaik di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia, Sekolah Aminuddin Baki (SAB) begitu optimis meneruskan kecemerlangan mereka untuk memperoleh gred purata sekolah 2.13 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2015) yang diduduki oleh 440,682 calon SPM di seluruh Malaysia bermula Isnin lepas.

Menurut Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SAB, Rozemi Khalib, tahun ini seramai 217 orang murid calon SPM yang terdiri daripada 66 murid lelaki 151 murid perempuan. Pihak sekolah telah memulakan pelbagai persiapan sejak tahun lepas bagi memastikan sekurang-kurangnya 56 pelajar memperoleh gred cemerlang(semua A) dengan kelulusan 100%.

 

IMG_3330

Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SAB, Rozemi Khalib.

 

Tambahnya, pelajar SAB rata-ratanya sentiasa berlumba-lumba untuk memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Walaupun sekolah ditutup ketika jerebu melanda, namun masih ramai yang hadir bagi kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Budaya kerja yang cemerlang sentiasa menjadi keutamaan di SAB.

Ketua Pengawas SAB, Muhammad Zulhaiqal Iqmal Zulkifli selain akademik, SAB turut dikenali sebagai sekolah yang mementingkan sukan renang dan penggunaan Bahasa Inggeris. Kami terdedah dengan pelbagai program Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa, seperti seminar, debat, pidato, dan choral speaking.

 

IMG_3340

SAB memastikan sekurang-kurangnya 56 pelajar memperoleh gred cemerlang (semua A) dengan kelulusan 100%.

 

Zulhaiqal turut memaklumkan bahawa SAB ada menggunakan pembelajaran dalam talian, iaitu FROG VLE (The Frog Virtual Learning Environment). Guru-guru memuat naik nota dan latihan untuk digunakan oleh pelajar. Dia yang juga penerima dua pingat perak untuk Malaysian Conference of Young Scientist 2015, berazam untuk memperoleh keputusan semua A+ dan menyambung pembelajaran di Universiti Cambridge dalam bidang perubatan

Sementara itu, seorang ibu yang ditemui,Fadelah Yassin berkata, kerjasama erat antara pihak sekolah dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) banyak membantu  dalam melahirkan pelajar cemerlang. Tahun ini sahaja pihak PIBG telah menganjurkan Perkampungan Ilmu selama dua hari tiga malam pada April dan Oktober lalu dengan menjemput guru-guru cemerlang yang merupakan pemeriksa kertas SPM bagi membantu murid-murid menjawab solan dengan teknik yang betul.

 

Tinggalkan komen anda