Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeJohorViral

Rumah Warisan Felda Simbol Kegigihan Peneroka Perintis

By 4 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Nor Adilah Abdullah ( Kota Tinggi )

KOTA TINGGI , 4 Nov (Malaysiaaktif) — Rumah Warisan Felda Air Tawar 2 mengabadikan warisan zaman awal peneroka yang gigih mengharungi pelbagai cabaran untuk menyahut cabaran kerajaan kepada golongan miskin luar bandar supaya membina penghidupan baharu.

Berdasarkan reka bentuk asal yang ringkas dan begitu nostalgik bagi generasi awal skim penempatan semula terbesar di dunia ini, Rumah Warisan Felda diilhamkan oleh pihak pengurusan Felda Air Tawar 2 dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) sejak dua tahun lepas.

 

rumahwarisan2

Kehidupan yang ringkas dan mencabar simbol kegigihan peneroka.

 

Tujuannya ialah untuk mengimbau sejarah kehidupan zaman awal peneroka sejak kawasan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia ini dibangunkan pada 1974. Ia wujud sebagai lambang kecekalan mengharungi pahit getir kehidupan peneroka perintis di wilayah ini yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan motivasi generasi Felda selanjutnya.

Bahan – bahan asal bagi tujuan pembinaan diperoleh daripada pemilik asal rumah ini, Haji Han Nasir dan dibina semula oleh kontraktor tempatan, Ismail Johor untuk dijadikan sebagai monumen sejarah yang boleh dihayati oleh seluruh generasi rancangan ini.

Pembinaan Rumah Warisan ini bermula pada 15 Mac dan siap sepenuhnya pada 20 Mei yang lalu dengan kos berjumlah RM10,000. Setelah siap, Rumah Warisan ini dijadikan gedung sejarah  yang mengumpul dan mempamerkan pelbagai artefak serta kesan sejarah lain berkaitan dengan Felda Air Tawar 2.

Segala artefak sejarah yang dikumpulkan adalah sumbangan warga peneroka rancangan ini sebagai tanda penghargaan dan kenangan abadi kejayaan mereka.

 

peneroka

Gambar hiasan.

 

Tinggalkan komen anda