Skip to main content
Berita TempatanKedah

Anugerah Pengurusan Isu Terbaik Dimenangi Kedah

By 5 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noor Syuhada Mohd Yasin (Alor Setar)

ALOR SETAR, 5 Dis (Malaysiaaktif) — Inovasi merupakan salah satu unsur penting yang harus diterapkan ke dalam segala aspek tugas seharian. Inilah yang sering dipraktikkan oleh Pemenang Anugerah Pengurusan Isu Terbaik, Fazian Ahmad dari Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah.

Beliau menerima anugerah ini sempena Hari Inovasi 2015 yang diadakan di Serdang, Selangor hari ini.

Kepentingan inovasi turut dikongsi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman apabila beliau menekankan walaupun inovasi media sosial telah mengubah landskap penyebaran maklumat dan kini merupakan faktor penting dalam ruang itu, namun pertemuan bersemuka masih penting.

 

20151204223252 (3)

 

“Pertemuan bersemuka dapat membina sifat percaya dan dari sini akan terbentuk persepsi positif.”

Premis tersebut turut dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, ketika beliau merasmikan program tersebut.

“Walaupun kita sekarang hidup di zaman digital, pertemuan bersemuka tidak boleh dipandang remeh.”

Beliau berkata penjawat awam harus berinovasi dalam menerajui perubahan dan tidak hanya menunggu kerana jika ingin menjadi terbaik, mereka harus melakukan yang terbaik.

Inovasi terus diterapkan dalam program ini apabila pegawai Jabatan Penerangan di negeri-negeri lain juga dapat mengikuti program tersebut secara langsung melalui laman YouTube JapenTV.

 

Tinggalkan komen anda