Skip to main content
HomeViral

Azalina Kata Najib Tidak Disiasat Amerika Syarikat

By 1 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang disiasat pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Beliau berkata Perdana Menteri juga tidak menghadapi sebarang masalah ketika lawatan rasminya ke negara tersebut sebelum ini.

“Sehingga kini, tidak ada wakil kerajaan Amerika Syarikat, sama ada dari FBI atau Justice Department yang telah menghubungi Perdana Menteri berkaitan isu ini.

“Perdana Menteri juga tidak menghadapi sebarang masalah semasa melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, baru-baru ini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, polis menyangkal dakwaan kononnya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan terhadap Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menasihatkan pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan FBI di Washington sebelum menerima berita yang disebarkan di media sosial.

 

Tinggalkan komen anda