Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Banjir Di Sri Gading: 362 Mangsa Dipindahkan

By 9 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 362 orang mangsa banjir ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan berikutan banjir yang berlaku di Sri Gading kelmarin.

Banjir dikatakan berpunca daripada hujan lebat hampir setiap petang hingga menyebabkan sistem perparitan tidak lagi mampu menampung kapasiti air yang melimpah ke dalam banyak rumah.

Sebanyak tiga Pusat Pemindahan dibuka, iaitu di SMK Suria Perdana, SK Seri Paya dan SK Parit Bingan.

Antara yang digerakkan untuk membantu mangsa, termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia, RELA, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat.

Lewat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah melawat mangsa banjir di SMK Suria Perdana.

 

Tinggalkan komen anda