Skip to main content
EkonomiHome

Zahid Singgah Ke Pavilion KPDNKK Di PAU 2015

By 9 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hairol Hisham Hamdan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Malaysiaaktif) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini singgah ke Pavilion Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diwujudkan sempena Persidangan Agung UMNO 2015.

Antara yang menarik di pavilion ini, termasuk inisiatif  ‘Friends of KPDNKK’ (Sahabat KPDNKK) yang merupakan platform keahlian sukarela yang diwujudkan oleh kementerian tersebut sebagai mata dan telinga kerajaan dalam usaha penyebaran maklumat kepenggunaan, terutama berhubung isu harga barang.

Pengguna boleh mendaftarkan diri sebagai ‘Friends of KPDNKK’ secara percuma selain mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kementerian berkenaan di ‘booth’ yang dibuka hingga 12 Disember ini. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui laman web rasmi KPDNKK.

Melalui inisiatif berkenaan KPDNKK berhasrat menerapkan imej ‘Kementerian Penyayang’ (Caring Ministry) dalam usaha menjadikan pengguna sebagai pihak berkepentingan  yang diiktiraf dalam membantu kementerian menangani isu-isu kepenggunaan.

Keahlian “Friends Of KPDNKK” terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat kepenggunaan.

Turut Mengiringi Ahmad Zahid,  Menteri KPDNKK Datuk Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Sri Alias Bin Haji Ahmad dan ketua-ketua agensi di bawah KPDNKK.

 

Tinggalkan komen anda