Skip to main content
Berita TempatanEkonomiJohor

Cabaran Ekonomi Anak Melayu Dalam Majlis Sembang Petang 

By 24 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Lim Sey Ken (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor mengadakan bual bicara “Majlis Sembang-Sembang Petang” di sini Ahad lepas.

Majlis yang dihadiri kira-kira 350 orang itu berkisar pada tajuk “Bicara Masa Depan Pewaris Muda Melayu Dalam Bidang Ekonomi dan Perumahan.”

 

sembang1

 

Inti pati yang dikupaskan ialah bagi mengenal pasti cabaran yang harus dilalui anak muda Melayu dalam sektor ekonomi dan masalah memiliki rumah sendiri. Majlis turut membincangkan tentang langkah-langkah menguruskan kewangan bagi berdepan dengan kos sara hidup tinggi.

Turut hadir dalam majlis ini, Presiden Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor, Datuk Haji Abdul Rahman Yunus.

 

Tinggalkan komen anda