Skip to main content
Berita TempatanKedah

Matlamat SPAD Lebih Berjaya Dengan Input Penggunna

By 24 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 23 Dis (Malaysiaaktif) — Kesedaran hak dan keselamatan pengguna berperanan penting dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini, sejajar dengan matlamat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dalam pada itu, SPAD juga menitikberatkan aspek keselamatan dan kesedaran pematuhan SPAD ICOP bagi kenderaan pengangkutan dan barangan dalam menjamin keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata SPAD telah menyediakan ruang seluasnya bagi orang awam meningkatkan pengetahuan tentang pengangkutan awam darat, selain memudahkan pemahaman fungsi SPAD.

 

IMG_3354

 

Beliau berkata, sebagai pengguna mereka seharusnya memaklumkan kepada SPAD sebarang salah laku pemandu kenderaan kepada Bahagian Aduan SPAD melalui talian yang tersedia supaya tindakan segera boleh diambil.

Tajul Urus berkata demikian dalam majlis Hari Bertemu Pelanggan SPAD Wilayah Utara di Dataran Zero, di sini, semalam.

Pemangku Ketua SPAD Wilayah Utara, Shah Nizam Osman berkata,  ‘Program SPAD ICOP Safety’, dapat melahirkan budaya keselamatan yang mampan dalam operasi setiap syarikat pengangkutan awam darat.

Ia selaras dengan visi SPAD untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam darat sebanyak 40 peratus oleh rakyat menjelang 2030.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Sa’adan Man berkata, melalui Hari Bertemu Pelanggan ini pengguna dapat bertukar pandangan tentang kelestarian pengangkutan awam darat bersama SPAD.

Pegawai Pendaftaran Negara Daerah Kuala Muda, Mohd Hidayat Md Jamli berpendapat melalui program ini rakyat akan memahami peranan sebenar dan bidang kuasa SPAD dalam menguatkuasakan hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat.

Sempena majlis ini, beberapa agensi dan jabatan kerajaan, termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) turut membuka kaunter untuk berinteraksi dengan orang ramai.

 

Tinggalkan komen anda