Skip to main content
Berita TempatanJohor

Erat Silatulrahim Melalui Mini Karnival Senggarang 2015

By 24 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Haji Ahmad Jofri Ahmad Sulaiman (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Dis (Malaysiaaktif) — ‘Mini Karnival Senggarang 2015’ diadakan dari 18 hingga 20 Disember lepas di Lapangan Terbang Tanjung Labuh di sini.

Acara tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim dalam masyarakat Senggarang melalui aktiviti beriadah. Turut memeriahkan karnival ini, anak-anak muda kawasan setempat yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara, termasuk Pertandingan Memancing, Futsal, Fotografi, Gubahan, Body Fit Senggarang, Retro, Autoshow, Streetcup, Tarik Tali, Larian dan Berbasikal Senggarang.

Selain itu, juga diadakan Pertandingan Nasyid, Sukaneka Kanak-Kanak dan paling mengasyikkan hadirin, Pertunjukan RC Boat, RC Aeroplane, Pertunjukan Gliders, dan Aerobikthon.

Seperti biasa pameran diadakan oleh agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, sementara acara kemuncak karnival ialah, Ceramah Perdana oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Haji Nooh Gadut.

Turut hadir pada majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, A. Aziz Ismail.

 

Tinggalkan komen anda