Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dua beradik Saudara Muslim Harumkan Nama Melaka

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Md Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Pertandingan Amal Islami Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2015 yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) awal bulan ini membuka lembaran baru kepada dua beradik, Miesha Alisha Soffea Abdullah yang memenangi Johan Syarahan Wanita serta Nur Natasha Alisha Mohan yang mendapat tempat ketiga dalam Tilawah Wanita, untuk terus berdakwah.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan, namun Melaka berjaya mendapat tempat dalam lima kategori, iaitu Solat Wanita(johan), Syarahan Wanita(johan), Tilawah Wanita (ketiga), Solat Lelaki (ketiga), syarahan(lelaki). Melaka mendapat tempat ketiga dalam johan keseluruhan.

 

20151228231534 (5)

 

“Usaha dakwah ini akan diteruskan dan saya bersama empat orang adik beradik sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita menjadi pendakwah yang boleh memberi manfaat kepada agama bangsa dan negara,” ujar Miesha kepada Malaysiaaktif.

Johan syarahan wanita menerima wang tunai RM700 berserta trofi dan sijil, manakala tempat ketiga Tilawah Wanita menerima wang tunai RM300 berserta trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron semasa perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan Negeri Melaka semalam di Dewan Seri Negeri.

 

Tinggalkan komen anda