Skip to main content
EkonomiHomeViral

Hari Terbuka MOF Berpaksi Perbelanjaan Berhemah

By 16 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Hari Terbuka Kementerian Kewangan tahun ini menggabungkan empat elemen, iaitu Sambutan Bulan Integriti, Inovasi, Transformasi dan Bahasa Kebangsaan. Ia bagi menyahut seruan perbelanjaan berhemah dan menyokong semangat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menggalakkan pelaksanaan program dengan kos minima tetapi berimpak tinggi.

Sehubungan itu, buku inisiatif NBOS di bawah Kementerian Kewangan dilancarkan semalam sempena program Hari Terbuka Kementerian bertemakan “Sehari Bersama MOF 2015.”

 

c3679dd3-1f92-4d8e-ba1d-6ff307a6a25c

 

Penerbitan buku-buku ini dilaksanakan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak, Usahawan 1Malaysia (1MET), Sukarelawan Profesional Antarabangsa (VIP) dan Pemantapan Hubungan Strategik di antara UTC, RTC & Mini-RTC.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah semasa merasmikan program itu pagi tadi, satu lagi inisiatif transformasi Kerajaan bagi menambah baik perkhidmatan awam ialah dengan penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang akan mengambil alih sepenuhnya fungsi pengurusan pinjaman perumahan daripada Bahagian Pinjaman Perumahan pada 1 Januari 2016.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah LPPSA dan mengekalkan syarat-syarat pinjaman sedia ada, malahan penjawat awam juga akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Sebanyak 60 pempamer yang terdiri daripada bahagian-bahagian di Perbendaharaan, agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan dan Swasta mengambil bahagian dalam program Hari Terbuka ini. Antaranya, Pameran Selangor All Riders Club, persembahan khas Caliph Buskers, Penampilan Khas Upin Ipin.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, Datuk Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

 

Tinggalkan komen anda