Skip to main content
Home

Tiga Maut Kemalangan Bas Ekspress Jalan Ranau -KK

By 2 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhd Yusrie Othman (Sabah)

RANAU, SABAH, 2 Dis (Malaysiaaktif) –? Sebuah bas ekspres Salam Bumimas yang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu terhumban ke dalam gaung sedalam 200 kaki setelah bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Haji Nordin Pauzi, dalam satu kenyataan  memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku berhampiran Kampung Kiau, Ranau. Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada kira-kira pukul 3.47 petang dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

gaung7

Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu, sementara kereta jenis Proton yang terbabit dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau.

Nordin berkata, kesemua penumpang kereta tersebut, dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Petrus Anag dari Kampung Kimolohing dan Romex Juari, 29, bersama seorang perempuan Helena Binti Anag, 49 dari kampung yang sama meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesemua 23 penumpang, termasuk pemandu bas dan konduktor mengalami pelbagai kecederaan dan dihantar ke Hospital Ranau, Hospital Kota Belud dan Hospital Tuaran.

gaung4

Seramai 112 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, termasuk para anggota daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan (EMRS). Turut digerakkan, empat jentera bomba, empat jentera EMRS dan enam buah kenderaan utiliti.

Nordin yang bertindak sebagai ketua operasi berkata kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan hidraulik bagi memotong badan kenderaan untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit, selain menaikkan mangsa dari dalam gaung.

 

Tinggalkan komen anda