Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

PAS Tolak Dakwaan Tiada Sambutan Untuk PRN Sarawak

By 22 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Malaysiaaktif) –Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kononnya Pas tidak mendapat sokongan padu rakyat di negeri itu.

Jelasnya, Pas akan bertanding sebanyak 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, seperti mana yang dimaklumkan oleh Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Menurutnya, terdapat beberapa kerusi bandar yang biasanya ditandingi calon DAP telah digantikan dengan calon Pas.

“Antara kerusi yang bakal ditandingi oleh Pas dalam Pilihanraya Negeri Ke-11 akan datang termasuklah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan.

“Apapun, Pas Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan Pas Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR, perbincangan kerusi ini tidak tertakluk kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Pas bukan sebahagian gabungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pimpinan PKR supaya lebih berhati-hati dengan tingkah laku DAP berikutan tindakannya yang merampas beberapa calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengumumkan mereka menyertai parti DAP.

Tambahnya, DAP juga mempunyai hasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi yang dilihat cuba untuk menjadi senjata utama dalam PKR.

“DAP telah mengisytiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya DAP sebelum ini,” katanya.

Jofri juga menegaskan perjuangan parti islam itu tidak akan menimbulkan isu atau masalah kerana Pas akan sentiasa mendengar luahan serta pendapat semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ini terbukti dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam dan memainkan peranan yang penting sebagai hubungan antara kaum dan agama di Sarawak.

“InsyaAllah seluruh pimpinan dan ahli Pas akan terus turun padang ke Sarawak bagi membantu persiapan pilihan raya dengan sasaran untuk menghantar Ahli Dewan Undangan Negeri sulung Pas ke DUN Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, Azizah memaklumkan PAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak bagi menghadapi PRN di negeri itu.

“Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia),” katanya.

 

Tinggalkan komen anda