Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Kursus Tatatertib Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia

By 13 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Haji Ramly bin Yusoff

SEPANG, 13 Dis (Malaysiaaktif)  — Pemula atau pelapor yang berkesan akan dapat membantu pihak pengurusan mengendalikan pegawai serta kakitangan bermasaalah di sektor awam sebelum proses tindakan tatatertib dilaksanakan ke atas penjawat awam yang ingkar.

Demikian tegas ketua unit integriti Jabatan Perkhidmatan Awam Asrul Shah Razali hari ini dalam sessi terakhir ceramahnya di Concorde Inn Hotel .

Beliau memberi ceramah dalam Kursus Tatatertib Pengurusan Tertinggi Jabatan Penerangan Malaysia bermula pada 11 Disember lalu.

Seramai 30 orang pegawai pengurusan tertinggi JaPen yang terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Penerangan Negeri dan Pengarah Bahagian ibu pejabat JaPen hadir.

Antara matlamat kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang jenis jenis pelanggaran tata kelakuan yang boleh diambil tindakan tatatertib di bawah peraturan pegawai awam.

Selain itu kursus ini juga bertujuan mempertingkatkan kemahiran dalam mengatur urus hal ehwal tatatertib di peringkat jabatan dengan cara yang betul dan adil selaras dengan keperluan pihak berkuasa tatatertib.

Pada 23 Mei lepas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kira-kira 5,000 kakitangan awam berjawatan tetap yang ‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi tempoh enam bulan

Menurut beliau, kumpulan itu dikenal pasti terpalit dengan pelbagai masalah disiplin antaranya ponteng kerja selama 200 hari dalam setahun, datang lewat ke pejabat, terlibat dengan perniagaan serta hilang fokus sehingga penilaian prestasi mereka berada di bawah 60 peratus.

 

 

Tinggalkan komen anda