Skip to main content
EkonomiHomeViral

Tidak Akan Berundur, Tidak Akan Menyerah, Kata Najib

By 12 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Malaysiaaktif) — Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi beliau tidak akan berundur atau menyerah.

Beliau bergerak di atas nama silaturahim supaya seluruh UMNO kembali bersatu dan kukuhkan kesatuan.

Dalam pada itu beliau memberi amaran keras bahawa sebarang ketegaran memupuk pertelagahan bermakna mereka bukan setakat menyerang beliau sebagai presiden UMNO tetapi juga menolak inisiatif perdamaian dan parti.

“Saya mahu bagi tahu bahawa saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar…saya memilih berjiwa besar buka pintu menghulurkan tali silaturahim kepada semua, supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO ini.

“Namun dengan tegas saya ingatkan mana-mana pihak yang masih menolak dan mahukan pertelagahan…faham baik-baik ini, ini bukan lagi soal peribadi, mereka bukan menyerang saya sebagai Najib Razak Presiden UMNO, tapi mereka telah menolak untuk mencari titik perdamaian dalam jemaah UMNO ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di akhir Perhimpunan Agung MNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.

Kata-kata yang dilaungan Najib itu mendapat reaksi dan tepukan gemuruh daripada perwakilan di dalam dewan.

Tinggalkan komen anda