
Oleh Norisam Sahidan & Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Malaysiaaktif) —Satu operasi bersepadu disertai oleh enam agensi kerajaan diadakan sekitar kawasan Taman Shamelin Perkasa, Cheras semalam.
Operasi dilancarkan berikutan rungutan dan aduan penduduk sekitar kawasan tersebut bahawa terdapat pusat hiburan haram yang aktif beroperasi pada waktu siang. Operasi yang bermula pada pukul 3.00 petang itu tertumpu kepada tiga lokasi.
Selain polis, agensi yang turut serta termasuk Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Syabas, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pihak berkuasa juga mengambil tindakan memotong bekalan air, selain mengarahkan supaya premis-premis berkenaan ditutup serta-merta.
Operasi berakhir pada pukul 5.00 petang.