Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Ops Cari Jururawat Pelatih Hilang Masuk Hari Kedua

By 14 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Iswandy Kassim (Kuching)

KUCHING, 14 Dis (Malaysiaaktif) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang jururawat pelatih dari Hospital Umum Sarawak (HUS) masuk hari kedua hari ini.

Mangsa, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, dilaporkan hanyut akibat dipukul ombak pada kira-kira pukul 6.50 petang Sabtu lepas.

 

20151214020141 (1)

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kawasan pencarian ditumpukan di sekitar anak sungai berhampiran lokasi kejadian.

Selain pihak bomba, operasi mencari dan menyelamat turut disertai anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehingga berita ini ditulis mangsa masih belum lagi dapat dikesan.

 

Tinggalkan komen anda