Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

1st Kiulu Adventure Challenge Acara Pelancongan Baharu Sabah

By 14 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Abdullah Sani Arif Lokman (Sabah)

 TUARAN, SABAH, 14 Dis (Malaysiaktif) –? 1st Kiulu? Advanture? Challenge? (KAC) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lebih 500 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Acara yang julung kali diadakan itu? melibatkan empat kategori, ?iaitu kategori larian, berbasikal, larian dan berbasikal serta larian, berbasikal dan berakit. Para peserta perlu mengharungi laluan yang mencabar dan penuh dengan panorama indah kawasan kaki Gunung Kinabalu.

Acara bermula semalam dengan pelepasan peserta larian di Chanteek Borneo Gallery dan kesemua kategori perlumbaan berakhir di Riverbug Kampung Rangalau.

 

KIULU04

KIULU03

 

Juara kategori larian dan berbasikal bagi individu lelaki iaitu Yamin Ali, 46, berkata acara tersebut sangat mencabar minda dengan melalui jambatan gantung dan kawasan tebingan sungai.

Beliau juga dapat menikmati keindahan alam di sepanjang laluan perlumbaan termasuk semasa memberi makan ikan di Tagal Kampung Poturidung.

Beliau turut memuji penganjuran berkenaan kerana dijalankan dengan baik dan akan datang kembali sekiranya dianjurkan pada masa hadapan.

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Pengerusi Penganjur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai manakala acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Joniston berkata acara anjuran bersama Persatuan Pelancongan Kiulu dan Sri Pelancongan Sabah  diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2015 dan bertujuan untuk mempromosikan Kiulu sebagai lokasi aktiviti lasak dan eko pelancongan yang menarik di Sabah.

 

Tinggalkan komen anda