Skip to main content
HomeViral

Genta Bahasa II Tutup Tirai Bulan Bahasa Sektor Awam

By 15 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Malaysiaaktif) — Majlis Genta Bahasa II 2015 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) berlangsung semalam di Auditorium Perdana, Wisma Radio Angkasapuri.

Ia diadakan sebagai penutup kepada Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Awam yang membawa tema “Senada Bahasa dan Semurni Bicara”.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sambutan Bulan bahasa Kebangsaan.

Antaranya, Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa, Akademi Pidato Perkhidmatan Awam, Kursus Pemugaran Bahasa Melayu: Penulisan Rasmi, Kursus Seni dan Gaya Pembentangan Hebat, Pertandingan Menulis Puisi,Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional dan Edaran Info Pugar Bahasa (Poster Informasi berkaitan Bahasa).

Majlis ini turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada gabungan pelbagai inisiatif yang telah dianjurkan di peringkat kementerian demi memartabatkan Bahasa Melayu yang bukan sahaja sebagai Bahasa Kebangsaan, tetapi juga sebagai Bahasa Rasmi yang digunakan dalam sektor awam.

Antara penerima hadiah, Johan Pertandingan Gegar Pidato Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2015 yang dimenangi oleh Pegawai Perhubungan Perusahaan Pejabat Tenaga Kerja Lahad Datu, Sabah Asriyah Binti Abdul Hafid. Beliau membawa pulang trofi, wang tunai berjumlah RM2,500 dan sijil.

Naib Johan Pertandingan Gegar Pidato Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2015 disandang oleh Pegawai Perubatan Kementerian/Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Hj. Mohamad Kairul Aneeza Bin Zakaria,. Beliau menerima trofi, wang tunai berjumlah RM1,800 dan sijil.

Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian Pertahanan, Siti Fatimah Binti Umar, mendapat tempat ketiga dengan menerima trofi, wang tunai berjumlah RM1,000 dan sijil.

Majlis ini diserikan persembahan teater muzikal Legenda Puteri Saadong yang berteraskan konsep memartabatkan Bahasa Kebangsaan, menggabungkan lakonan pegawai-pegawai JPA, Istana Budaya dan Alumni Akademi Pidato Perkhidmatan Awam serta Persembahan Pidato Berirama dan Persembahan Nyanyian Lagu Tradisional.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,

 

Tinggalkan komen anda