Skip to main content
Berita TempatanHomeRencana & PendapatViral

Pemandu Cuai, Laju Punca Bas Terbabas

By 21 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Faris Fuad KUALA LUMPUR, 21 Dis (Malaysiaaktif) ā€“ Kemalangan bas persiaran yang berlaku di Chiang Mai, utara Thailand yang menyebabkan 13 rakyat Malaysia maut dilaporkan berpunca daripada Ā kenderaan itu yang dipandu secara cuai dan laju.

Menurut laporan Chiang Rai Times, polis Thai, pemandu tersebut telah melanggar sebuah kenderaan lain di Mae Khajan, di Chiang Rai sebelum dikejar pemandu kenderaan berkenaan.

Berikutan itu, pemandu itu mula memecut dan memandu secara cuai untuk melarikan bus tersebut.

Dalam pada itu, Bangkok Post pula melaporkan, pemandu basĀ  yang dikenali Somporn Bualuang, 58, dipercayai telah melanggar sebuah trak pikap di Mae Khajan.

Ia menyebabkan beliau memecut dan hilang kawalan terhadap bus itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand, Chatchai Promlert yang dipetikĀ  media Thai berkata bas berkenaan melanggar kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh sebatang tiang lampu yang turut terhumban ke tebing.

Pengurus syarikat Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung pula memaklumkanĀ  15 ahli keluarga mangsa terbabit akan diterbangkan Thai Airways ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menaiki penerbangan jam lima petang ke Chiang Mai.

Mereka dilaporkan akan tiba di Bangkok jam satu petang hari ini.

Kemalangan semalam dipercayai berlaku kira-kira pada pukul 9 malam yang menyebabkan lima lelaki dan lapan wanita berusia antara 20 dan 80 tahun maut.

11 warga Malaysia dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Pelancong warga Thai berusia 34 tahun, Pattara Promjaijom turut maut di tempat kejadian manakala pemandu bas terbabit terselamat yang dipercayai kini berada dalam tahanan polis di Hospital Doi Saket bagi siasatan lanjut.

Tinggalkan komen anda