Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

282 Warga Emas Kuala Muda Terima Lesen Kelas B2

By 21 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

MERBOK,21 Dis (Malaysiaaktif) —Seramai 282 warga emas terdiri daripada seorang peserta keturunan Siam, sembilan India, tiga Cina dan 269 Melayu menerima lesen Kelas B2 dalam di bawah Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Kuala Muda, di sini, semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, sehingga kini program tersebut telah memberi manfaat kepada seramai 6,209 orang di Kedah sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) pada 2007.

“Matlamat utama program SKSJ ialah untuk membantu warga emas pelbagai bangsa yang berusia 45 tahun ke atas di kawasan luar bandar dan Orang Asli berumur 21 tahun ke atas yang tidak memiliki lesen memandu mendapat lesen sah serta dilindungi insurans apabila berlaku sesuatu kemalangan.

 

ac50e011-897a-4757-9263-ec6d1e98dc03

 

Di bawah program ini, peserta dikenakan bayaran minima RM170 berbanding harga biasa yang lebih tinggi untuk mendapatkan lesen motosikal di mana-mana Institut Memandu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita ini selepas majlis penyerahan lesen memandu kepada peserta program berkenaan di Dewan Perdana, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah, Amir Onn Mustapha, berkata, statistik 2014 yang mencatatkan sejumlah 476, 196 kes kemalangan jalan raya melibatkan 6,674 kematian amat membimbangkan.

Beliau berharap pengguna jalan raya dapat membantu pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini.

Sementara itu, seorang peserta, Mohammad Salleh Awang, 78, berkata dia teruja apabila diberikan lesen, kerana tidak mampu mendapatkan lesen selama 40 tahun dia menunggang

Maznah Ahmad, 58, juga gembira mendapat lesen kerana jika mengambil lesen di institut memandu biasa, dia akan dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM400.

Bagi Narimah Ibrahim, 48, dengan adanya lesen dia tidak lagi bimbang kena saman.

Program sehari ini juga memberi peluang kepada orang ramai berurusan dengan JPJ untuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, pendaftaran Skuad Muda 1 JPJ, pemeriksaan motosikal (LKIM tamat tempoh melebihi 1 tahun) secara percuma, menyaksikan pameran agensi kerajaan dan swasta serta membayar saman dengan tawaran diskaun  50 peratus .

 

Tinggalkan komen anda