Skip to main content
Berita TempatanHomeRencana & PendapatViral

Pemotong Rumput Maut Dirempuh Komuter Ketika Selfie

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

NILAI, 19 Dis – Akibat mahu membuktikan kepada majikannya dia sudah selesai memotong rumput, seorang lelaki maut ketika melakukan ‘selfie’ selepas dirempuh komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa, A. Renishkumar, 20, adalah pekerja kontrak potong rumput dalam kawasan milik KTMB dan kejadian berlaku di sempadan Nilai-Mantin dekat sini.

Menurutnya anggota Balai Polis Nilai menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi.

“Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar bagi membuktikan kepada majikannya bahawa rumput telah dipotong.

“Semasa mengambil gambar itu, mangsa tidak sedar tren sedang menghampirinya walaupun rakan-rakannya yang lain memanggilnya tetapi tidak didengarinya. Akibatnya tren itu telah merempuh mangsa dan dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut, katanya.

BERNAMA

Tinggalkan komen anda