Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePulau Pinang

Pengguna Anggap Jadual Baharu Feri Pulau Pinang Menyulitkan

By 19 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kedah)

GEORGETOWN,19 Dis (Malaysiaaktif) — Ramai pengguna tidak mengetahui tentang perubahan jadual feri yang akan dilaksanakan Januari depan. Apabila jadual baharu bermula, bilangan feri yang beroperasi setiap hari akan dikurangkan daripada empat buah seperti yang digunakan sekarang kepada tiga buah.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB), perkhidmatan tersebut akan hanya beroperasi 18 jam setiap hari.

Pengurus Besar Kanan, Divisyen Khidmat Korporat dan Sokongan PPSB, Rosihan Adi Baharuddin, feri pertama akan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, pada pukul 6.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Dari Pangkalan Raja Tun Uda, Georgetown pula feri pertama akan berlepas pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 malam.

 

969c003b-fe56-4d3e-8e38-f85326003da3

 

Beliau berkata , pada waktu puncak feri akan beroperasi dalam jangka masa selang 20 hingga 30 minit, manakala pada pukul 8.20 malam dan seterusnya, tempoh operasi adalah selang satu jam dari kedua-dua terminal. PPSB berharap jadual baharu ini akan dapat membantu penumpang merancang perjalanan mereka.

Pelbagai reaksi disuarakan pengguna berikutan jadual baharu ini. Bagi Dr. Saravanan P. Veeramuthu, 48, tindakan pihak pengurusan feri memberi perkhidmatan 18 jam mungkin sesuatu yang berdasarkan keberkesanan kos.

Beliau melihatnya sebagai tindakan yang tidak mesra penumpang kerana ia menyusahkan mereka yang tidak menggunakan kenderaan sendiri, terutama pada waktu malam.

Selain itu, Dr Saravanan berkata jadual baharu ini akan turut menyulitkan pelancong yang tiba ke Pulau Pinang lewat malam.

Pengguna, Mohd Naim Sabri, 18, berkata, “saya memang berulang setiap hari dari Butterworth ke Georgetown. Penambahan selang masa juga tidak wajar dilaksanakan kerana masa menunggu lebih lama.” Mohd Naim berharap pihak PPSB dapat meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Sementara itu, ada di antara penumpang yang langsung tidak mengetahui tentang jadual yang bakal dilaksanakan.

Antaranya, pelancong tempatan, Faisal Jaafar, 45, yang tidak mengambil kisah sangat dengan perubahan ini. Bagi beliau, apa jua waktu perjalanan, yang penting keterujaan menaiki feri.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda