Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeTerengganuViral

Sumbangan Television Untuk Pusat Pemindahan Banjir

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Mohd Hairie Izwan Bin Awang & Abidin Bin A. Ghani HULU TERENGGANU, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Program komuniti bestari yang diseliakan Jabatan Penerangan Malaysia, meneruskan agendanya dalam menyediakan sumber maklumat kepada masyarakat terutama ketika berada di pusat-pusat pemindahan pada musim banjir dengan menyaksikan 19 set televisyen diserahkan kepada wakil-wakil komuniti tempatan.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato Jailani Johari, merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang turut disertai Dato Haji Rozi Mamat, Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan ADUN Telemong.

serah tv2

Jailani ketika berucap dalam majlis tersebut, menegaskan kerajaan menerusi Jabatan Penerangan sentiasa peka dengan tuntutan masyarakat terutamanya dalam menyemarakkan pemilikkan ilmu dan informasi. “Jabatan Penerangan merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan”.

“Dalam masa yang sama, ianya juga menjadi landasan kepada masyarakat untuk lebih mengetahui info-info terkini dan memastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi”. Ujar beliau di Dewan Kampung Teris siang tadi.

Penyerahan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan mangsa-mangsa banjir, serta sebagai satu usaha memastikan kanak-kanak atau orang ramai tidak menjadi mangsa banjir.

Tinggalkan komen anda