Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanRencana & PendapatViral

‘Tang Yuan’ satukan warga Kelochor

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Normah Sapa’in KOTA BHARU, 18 Dis 2015 (Malaysiaaktif) – Keseronokan menonton pelbagai program memasak di kaca TV telah mendorong ahli-ahli Puspanita Komuniti 1 Malaysia Kelochor, menganjurkan pertandingan memasak Tang Yuan iaitu manisan bebola beras pulut atau lebih dikenali ‘Butir Nangka’. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India, Cina dan Siam.

tang yuan1

Manisan ini merupakan salah satu pencuci mulut kaum Tionghua yang agak popular dan menjadi tradisi di masak pada bulan Disember, iaitu musim sejuk atau musim tengkujuh.

Menurut Pengerusi Puspanita Kelochor, Puan Saw Ooi Leng, Tang Yuan yang berbentuk bulat mewakili keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Ia merupakan simbol kesempurnaan dan doa selamat kepada orang-orang tua.

Tinggalkan komen anda