Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerlisViral

Usaha Harum Manis Daripada Jual Barang Tidak Manfaat – Raja Perlis

By 10 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Sufian Kamarudin, Anuar Che Amat &Wan Muhamad Zikri (Kangar)

KANGAR, 10 Dis (Malaysiaaktif) — Program Menanam Serentak 2000 Pokok Mangga Harum Manis di Sungai Batu Pahat di sini pagi tadi mendapatkan pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records.’

Majlis disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena sambutan 110 tahun Jabatan Pertanian.

 

received_975760905803173

Sijil Malaysia Book of Records dipersembahkan oleh Pengarah Operasi Malaysia Book Of Records, Christopher Wong kepada Tuanku Syed Sirajuddin.

 

Sebanyak 22 lokasi tanaman baharu Mangga Harum Manis yang diwujudkan di seluruh negeri Perlis dijangka mengeluarkan 16 tan hasil pada 2018 bernilai lebih RM300, 000.

Dalam ucapannya, Tuanku Syed Sirajuddin melahirkan rasa sukacita kerana Mangga Harum manis telah didaftarkan sebagai Harta Intelek Negeri Perlis.

Berikutan kejayaan mangga tersebut, baginda menasihati anak muda agar melibatkan diri dalam sektor pertanian yang lebih menguntungkan daripada berniaga barangan tidak berfaedah dan merosakkan anak bangsa.

Sijil Malaysia Book of Records dipersembahkan oleh Pengarah Operasi Malaysia Book Of Records, Christopher Wong kepada baginda untuk ditandatangani.

 

Tinggalkan komen anda