Skip to main content
Berita TempatanSabah

Rufina, Connie Terima RM200,000 Persiapan Olimpik Rio Brazil 2016

By 28 Januari 2016Februari 1st, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Yahya Abdul Rajak & Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Jan 2016 (Malaysiaktif) –? Bakal atlet pelayar negara, Connie Riverra Tsen, 19, dari Kota Kinabalu dan Rufina Tan Hong Mui, 25, dari Sandakan hari ini  menerima sumbangan cek RM200,000 sebagai persiapan menghadapi persaingan kelayakan Sukan Pelayaran Olimpik Rio, Brazil 2016.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan menerima sumbangan itu yang disampaikan Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan dan Kewangan Sport Toto Malaysia Sdn Bhd, Tung Kai Shek di salah sebuah hotel terkemuka, pagi tadi.

“Sumbangan ini adalah sebagai perbelanjaan persiapan dua bakal pelayar negara dari Sabah untuk terus bersaing merebut tempat pada kelayakan ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun ini.

“Ini amat bermakna kepada Majlis Sukan Negeri Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah bagi membantu atlet pelayar negara untuk terus berusaha mengharumkan nama negara.

“Saya amat berterima kasih di atas kesudian Sport Toto Malaysia Sdn Bhd menghulurkan bantuan ini demi pembangunan sukan di Sabah dan berharap agar lebih banyak pihak dan syarikat lain turut membantu demi pembangunan sukan di negeri ini,”ujarnya.

Dalam pada itu, Rufina menyatakan peluang untuk layak ke sukan Olimpik 2016 amat cerah. Beliau turut memaklumkan setakat ini persiapan berjalan lancar hasil tunjuk ajar jurulatih dari Melbourne dan dijangka bertolak ke USA, Florida pada 9 Februari bagi menjalani sesi latihan sebelum menghadapi ujian kelayakan pada 7 Mac di Abu Dharbi.

Justeru, beliau berterima kasih atas bantuan berkenaan yang tentunya memberi harapan dan semangat untuk berjaya merebut tempat di sukan Olimpik Rio nanti.

 

Tinggalkan komen anda