Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Keunikan Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan

By 28 Januari 2016Januari 31st, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Anizan Mat Daud

RANTAU PANJANG, 28 Jan ( Malaysiaaktif ) – Pekan Rantau Panjang daerah Pasir Mas, Kelantan, merupakan salah satu di antara berpuluh-puluh pekan yang terdapat di negeri ini yang mempunyai keunikan tersendiri.

Kedudukan pekan Rantau Panjang yang agak strategik antara ibu negeri kelantan iaitu bandar Kota Bharu dan bersempadanan dengan Negara Thailand menjadikan pekan ini terserlah keistimewaannya sebagai sebuah kawasan pekan zon bebas cukai yang berpotensi menjadi kawasan pelancongan.

 

20160130233622 (1)

 

Menurut seorang penduduk asal pekan ini, Haji Zain Che Ngah 63, Pekan ini menyediakan pelbagai keperluan bermula dari keperluan harian masyarakat setempat sehinggalah kepada keperluan-keperluan yang lebih komplek penduduk sekitar.

Penduduk dan masyarakat pekan ini majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika berada di pekan Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan anda akan merasai seumpama berada di negara jiran Malaysia, iaitu Negara Thailand.

 

20160130233622 (2)

 

Ini kerana keberadaan penduduk Thai, kehadiran kenderaan, loghat percakapan dan pengaruh cara hidup negara jiran amat jelas di pekan ini.

Bagi peminat dan pencinta rasa resipi masakan melayu Kelantan ataupun ingin mencuba kuih tradisi rakyat kelantan, seperti kuih jala emas, kuih tahi itik, kuih bunga tanjung dan sebagainya, pekan Rantau Panjang merupakan destinasi terbaik untuk percutian bersama keluarga.

 

Tinggalkan komen anda