
Oleh Siti Noor Asmani Che Mat Salleh Bachok, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Bandar Bachok di naiki air hari ini sedalam 0.3 meter disebabkan sistem paip bocor dan menjejaskan aktiviti harian di sekitar kawasan Stesen Bas Bachok, yang dipercayai melimpah sejak awal 3 pagi tadi.
Kerja-kerja membaiki telah diambil Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), setelah menerima aduan orang ramai.
Sementara itu AKSB dalam maklumbalas kepada wartawan MalaysiaAktif berkata, baik pulih paip bocor telahpun siap sepenuhnya dan loji yang ditutup sempena proses baik pulih kini dibuka.
Penduduk setempat dijangka menerima kembali bekalan air yang terputus sekurang-kurangnya lewat petang ini atau selewat-lewatnya malam nanti.