Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Sultan Johor Masak Nasi Goreng Untuk Mangsa Banjir

By 4 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir, Balai raya Gemereh 4, Kampung Batu Badak.

Baginda tiba pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dan ketua-ketua jabatan.

Sempena lawatan itu, Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat; Majlis Agama Islam Negeri Johor; bantuan beg sekolah ikhsan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buloh Kasap, sumbangan dari Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

 

SJ1

Baginda turut menyediakan nasi goreng untuk mangsa banjir.

 

Selain itu, baginda sendiri turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lima keluarga yang terdiri daripada seramai 25 orang mangsa banjir. Baginda turut meluangkan masa memasak nasi goreng untuk mereka.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat Staf Muda (PA) Mohd Nazlan Ruslan Jabatan PertahananAwam Malaysia (JPAM) berkata di daerah Segamat hanya Kampung Seberang Batu Badak yang masih dilanda banjir dengan ketinggian air kira-kira tiga kaki (0.9 meter).

 

Tinggalkan komen anda