Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Jabatan Kerja Raya Akan Beri Respons Dalam 24 Jam

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Affendi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 19 Jan (Malaysiaaktif) — Jabatan Kerja Raya (JKR), akan memberi respons 24 jam terhadap sebarang aduan yang dikemukakan melalui apa-apa saluran, sama ada melalui media cetak mahupun media sosial.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, semua aduan, khususnya berkaitan kerosakan jalan raya dan infrastruktur di bawah seliaan JKR akan mendapat respons segera dalam 24 jam dan seterusnya tindakan pembaikan akan dilakukan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, beliau juga akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan jalan raya di Pantai Timur kerana banyak lagi jalan yang perlu dibina untuk kepentingan rakyat. Ini termasuk Projek Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang dirancang akan dibina sehingga ke Ketereh di Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Meraikan Rakan Kementerian Kerja Raya Zon Timur di Pulau Duyong kelmarin.

 

Tinggalkan komen anda