Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeKuala LumpurViral

Pasaraya NSK Perkenal Troli Berasingan Halal, Tidak Halal

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Pasar Raya NSK di Kuchai Lama mengambil inisiatif mengasingkan penggunaan troli bagi pembelian barangan halal dan tidak halal.

Melalui kaedah ini troli merah dikhaskan untuk mengangkut barangan tidak halal, sementara  kaunter khusus bagi pembayaran barangan tidak halal juga turut diwujudkan.

Langkah-langkah tersebut diambil bagi menangani isu berhubung ketidakselesaan pengguna beragama Islam berbelanja di pasar raya yang turut menjual barangan tidak halal berikutan percampuran penggunaan troli.

Usaha Pasar Raya NSK membuktikan ia salah satu pasar raya yang aktif menyokong dan membantu kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

Berikutan pengenalan kaedah tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad hari ini membuat lawatan ke pasar raya berkenaan dalam satu siri tinjauan KPDNKK ke atas pasar raya-pasar raya di seluruh Malaysia bagi melihat mengukur sejauh mana keselesaan pengguna.

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan terhadap harga barangan dan ia dilakukan secara konsisten bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang akan dikenakan terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan dan akta.

Tambah beliau, kementerian mahukan supaya semua pihak, khususnya peniaga agar bersama-sama membantu dalam usaha mengurangkan kos hidup.

Sehubungan itu, beliau berkata sikap beretika dalam menguruskan perniagaan perlu diamalkan, manakala para pengguna pula mestilah sedar akan tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

Tinggalkan komen anda