
Oleh Hj.Mohd Noor Samion (Melaka)
MELAKA 26 Jan (Malaysiaaktif) — Seramai 894 Orang Kena Pengawasan (OKP) dikenal pasti di daerah Melaka Tengah bagi tempoh Januari hingga Disember 2015.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Melaka Tengah (JKPD) Dr Jasmi Ahmad, sehubungan itu pihaknya telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan mencegah dan memberi kesedaran kepada OKP serta maklumat kepada masyarakat tentang bahaya penyalaan gunaan dadah.
Antara aktiviti, termasuk sebanyak 61 sesi ceramah, 62 pameran , 53 ujian urin dan 19 pembersihan kawasan tumpuan penyalahgunaan dadah.
Dr. Jasmi memberitahu Malaysiaaktif bagi menjamin semua program berjalan lancar, JKPD Melaka Tengah mengadakan mesyuarat sekurang kurang empat kali setahun.
Beliau berkata segala aktiviti bukan sahaja disasarkan kepada golongan OKP, tetapi juga ahli keluarga mereka, termasuk sekolah, institut pengajian tinggi, tempat kerja dan masyarakat am.
Dr. Jasmi menegaskan pada 2016, JKPD Melaka Tengah akan mengadakan kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian, Giat Mara dan Kolej Komuniti dalam usaha membantu golongan OKP lebih berdayapasaran untuk berdiri dan memajukan diri.