Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

JPAM Terima 3 Buah Bot, 2 Enjin Mercury Dari APMM

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

KUALA KEDAH,17 Jan (Malaysiaaktif) — Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerima tiga buah bot dan dua unit enjin jenis Mercury 60HP daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai salah satu pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, “melalui inisiatif ini secara langsung dapat memenuhi keperluan masyarakat sebagai pengangkutan di kawasan banjir.”

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar semasa majlis Penyerahan di Pangkalan Maritim Malaysia, di sini pada Jumaat, Shahidan, berkata, “kerjasama APMM dan JPAM dalam bentuk pemberian lucut hak amat menepati aspirasi penjimatan perbelanjaan kerajaan dan kesinambungan kesejahteraan rakyat.”

Menurut beliau lagi, melalui pendekatan ini, bot-bot lucut yang masih elok boleh digunakan untuk tugas pengurusan bencana dan bantuan banjir.”

Sementara itu, Ahmad Puzi memberitahu wartawan sebanyak 243 buah bot lucut hak telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan negara, sebahagian besar di pantai timur, Sabah dan Sarawak,serta perairan Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah JPAM, Haji Ogu Salim Omar, berkata, pemberian bot tersebut secara tidak langsung dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihaknya untuk latihan dan operasi menyelamat mengikut kesesuaian, sama ada di persisiran pantai atau semasa banjir.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda