
Oleh Hj.Mohd Noor (Melaka)
MELAKA, 17 Jan (Malaysiaaktif) — Pada pukul 6.30 pagi bermula program Zon Bebas Kereta di Dataran Tamingsari Bandar Hilir Melaka.
Program bertujuan memberitahu masyarakat kepentingan kemudahan bersesuaian untuk beriadah ini dihadiri lebih kurang 1,200 orang peserta, termasuk ahli-ahli Persatuan Jogging Negeri Melaka, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai daripada pelbagai masyarakat dan peringkat umur.
Para peserta dilepaskan oleh Ketua Whip Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Loh Sim Wah dan Siti Rafaah Yakop.
Antara acara yang diadakan, termasuk berbasikal, jogging, berjalan kaki, hoverboard, skateboard dan rollerblade. Turut diadakan, sesi pemeriksaan percuma oleh kakitangan Hospital Putra Melaka.
Program ini dianjurkan oleh MPHTJ dan Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.