Skip to main content
GlobalViral

Kematian Serangan Jakarta Naik Kepada Lapan Orang

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

JAKARTA, 17 Jan — Angka kematian akibat serangan pengganas di Jakarta meningkat kepada lapan orang, kata jurucakap pasukan polis pada Ahad.

Menurut jurucakap, angka kematian itu meningkat selepas seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi Khamis lalu, tujuh orang maut termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas, manakala lebih 30 orang dilaporkan cedera.

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang kakitangan di Bangkok Bank cawangan berdekatan,” kata jurucakap polis Jakarta, Yulia Hutasuhut kepada Reuters.

Mangsa merupakan warga Indonesia.

Polis menahan 12 orang yang mempunyai kaitan dengan serangan Jakarta menerusi serbuan yang dijalankan di seluruh negara, dan menemui bukti bahawa kumpulan itu merancang untuk mengadakan serangan seterusnya yang menyasarkan pegawai keselamatan dan warga asing di bandar-bandar lain seperti Bandung.

 

– Reuters

Tinggalkan komen anda