Skip to main content
HomeViral

Kerajaan Komited Perangi Sebarang Keganasan – Najib

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terus komited memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan sikap perkauman serta keagamaan melampau.

Beliau berkata usaha itu penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini.

“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita serangan ganas di Jakarta, Istanbul dan Paris yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

“Ingin saya tegaskan bahawa Malaysia akan terus komited dalam memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan juga sikap perkauman dan keagamaan melampau.

Ini penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini,” katanya dalam catatan Facebook beliau, hari ini.

Khamis lepas, tujuh orang – lima pengganas dan dua orang awam – disahkan terkorban dalam insiden serangan keganasan di Jakarta, Indonesia.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda