Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Lebih 16 Tahun SMK Sungai Burung Tiada Talian Telefon Tetap

By 28 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Sharman a/l Subramaniam (Tanjung Karang)

TANJUNG KARANG, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung yang terletak lima kilometer dari pekan Tanjong Karang umpama terputus hubungan dengan dunia luar tanpa ketiadaan talian tetap telefon.

Bangunan sekolah berkenaan di Kampung Sungai Burung yang dibuka untuk sesi persekolahan sejak 2010 merupakan gantian bangunan lama yang terletak di tepi jalan utama Tanjung Karang ke Sabak Bernam.

Sejak mula beroperasi 16 tahun lalu, sekolah ini tidak dihubungkan dengan talian telefon oleh pihak Telekom Malaysia (TM). Segala komunikasi, termasuk membabit urusan sekolah terpaksa dilakukan hanya melalui talian mudah alih, termasuk urusan dalam talian dan surat menyurat atas talian.

Disebabkan ketiadaan talian telefon, sekolah ini juga ketinggalan dalam penggunaan faks dan jauh sekali Internet.

 

burung2

Pihak sekolah telah beberapa kali membuat permohonan dan aduan kepada pihak TM.

 

Menurut  Pengetua sekolah, Ahmad Saari Muhamad, sejak sekolah ini mula beroperasi, “pihak sekolah telah beberapa kali membuat permohonan dan aduan kepada pihak TM bagi mendapatkan talian. Walau bagaimanapun pihak TM memaklumkan anggaran kos memasang tiang dan talian mencecah RM 24,000 dan kawasan tersebut pula tidak strategik, selain tiada keperluan talian daripada pengguna lain.”

Tanpa talian tetap yang boleh dibiayai sekolah, bil telefon mudah alih berhubung urusan pentadbiran dan kes kecemasan ditanggung oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Pengetua juga telah membangkitkan isu ini kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk diambil tindakan namun sehingga hari ini belum ada jalan penyelesaiannya.

 

burung3

Seolah-olah berada di pedalaman yang jauh daripada segala kemudahan asas.

 

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum, Hajah Zaliha Mohd. Nor pula berkata, mereka seolah-olah berada di pedalaman yang jauh daripada segala kemudahan asas yang sepatutnya ada sebagaimana sekolah-sekolah lain di Daerah Kuala Selangor.

Sebagai guru dan pentadbir di SMK Sg. Burung harapan semua guru  agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

 

Tinggalkan komen anda