Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

Freeport A’Famosa Outlet Satu Lagi Tarikan Ke Melaka

By 28 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka dan Nur Hafif Zainurdin (Melaka)

MELAKA, 28 Jan (Malaysiaaktif) — Berkonsepkan seni bina lama Belanda, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) hari ini dengan rasminya muncul sebagai satu lagi tarikan pelancongan ke negeri Melaka.

Sebagai pusat membeli-belah eksklusif, presint komersil seluas 180,000 kaki persegi ini menempatkan lebih 80 buah kedai menjual peralatan sukan, aksesori, beg, kasut dan lain-lain dalam landskap santai lengkap dengan sebuah tasik, karusel dan kincir air Belanda.

Kedai-kedai di sini menawarkan pelbagai jenama fesyen bertaraf dunia dan kelengkapan gaya hidup berstatus  mewah yang sejak kebelakangan ini berjaya menjadi destinasi pelancongan, seperti mana Bicester Village di London, Kildare Village di Republik Ireland,  Shanghai Village di Shanghai dan lain-lain.

FAO dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan membantu menyiapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka supaya lebih banyak penerbangan boleh mendarat di Melaka dan seterusnya membantu menyalurkan pelancong ke pusat membeli-belah itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Kerajaan Persekutuan juga akan menghantar pegawai Kementerian Pelancongan ke luar negara bagi mempelajari cara mempromosi tempat-tempat dalam negara, khususnya Melaka.

 

Tinggalkan komen anda