
OLEH Yaakob Md. Isa, Mahazir Abu Hassan & Zainaudin bin Ab. Hamid BALING, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Dalam suasana Negara yang selama ini diketahui aman sejahtera dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tentu sekali tidak akan membenarkan kehadiran fahaman lain yang cuba menggugat akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih-lebih lagi fahaman Syiah yang merupakan satu aliran ekstrim yang bukan sahaja rosak dari segi akidah dan syariah tetapi juga sangat berpotensi besar memecahkan perpaduan umat islam dalam negara.
Menyedari hakikat itu ,Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Baling,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan FELO Muda Dakwah YADIM ,telah menganjurkan Majlis Muzakarah Imam-Imam Seluruh Daerah Baling dalam usaha untuk memperkasakan kefahaman ahli sunnah wal jamaah dan mengekang ajaran syiah dari menular ke Daerah Baling.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Baling, merangkap Pengerusi Tabung Haji Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim berkata ,semua pihak harus mengambil bahagian untuk membanteras ajaran syiah dan jangan mengharapkan pihak berkuasa agama sahaja untuk membendung ajaran syiah.
Katanya lagi,pelbagai isu ditimbulkan oleh Syiah dan Kelompoknya yang ingin melonggarkan pegangan kepada imam mazhab misalnya ,seringkali membawa kepada kekeliruan dan perbalahan dalam masyarakat.
“Inisiatif penganjuran program ini adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya Syiah yang dilihat mengelirukan masyarakat di samping untuk mengekang ajaran syiah dari merebak ke Parlimen Baling , antara objektif lain ,ia memberi pendedahan tentang aliran pemikiran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di samping memperkasakan peranan imam-imam di kalangan masyarakat setempat
Seramai tiga pembentang sesi muzakarah telah hadir pada hari ini iaitu Penceramah bebas,Ustaz Abdullah Din membentangkan tajuk ,Syiah dan Ancamanya kepada umat islam di Malaysia,Penceramah Bebas dan Guru,Ustaz Adlan Abdul Aziz membentangkan tajuk Mengenali Karya Hadith Empat Imam-imam Mazhab Figh (Imam Malik dan Imam Hanafi) dan pembentang yang ketiga ialah Penyeldiik dan Penerbit Kanan ,TV Al-Hijrah Ustaz Syed Shahridzan bin Syed Mohamed membentangkan tajuk Mengenali Karya Hadith Empat Imam-imam Mazhab Figh (Imam Syafie dan Imam Ahmad) ,
Turut Hadir pada Majlis tersebut ialah ,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kupang ,Datuk Harun Aziz ,Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara ,Zuhri bin Husin dan Timbalan Pegawai Agama Daerah Baling Tuan Syeikh Hakimi bin Hassan