Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganuViral

Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman atasi banjir luar biasa di Kemaman

By 12 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Aneta Binti Ahmad, Mohd Sukri Ibrahim 12 Jan 2016, Kemaman (Malaysia Aktif) – Setiap tahun Bandar Chukai sering dilanda banjir akibat air pasang serta limpahan Sungai Kemaman yang merupakan sungai utama dengan kawasan tadahan seluas 1620 km persegi.

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman dicadangkan bagi membendung kejadian banjir berulang. Projek ini bertujuan mengurangkan masalah banjir akibat limpahan air sungai ketika hujan lebat terutama pada musim tengkujuh, meningkatkan tahap perlindungan banjir dan mengurangkan kerosakan harta benda awam dan penduduk terjejas akibat banjir.

kemaman

Skop projek merangkumi pengambilan balik tanah seluas 80 hektar, lencongan banjir dari Sungai Kemaman ke Sungai Chukai sepanjang10.3km, Ban Binjai dari Paman Ke Jambatan Bukit Kuang (12 km) dan 2 buah jambatan merentasi Lencongan Banjir (Chukai – Air Putih,  Chukai –Ibok).

Projek berkenaan turut melibatkan naik taraf Sungai Chukaib sejauh 12.8 km, dan  5 buah kolam takungan dan pembangunan ban Sungai Kemaman (28km) serta saliran zon bandar.

Projek tersebut dijangka dapat mengurangkan perpindahan mangsa banjir seramai 70,000 orang penduduk menjelang Tahun 2020 dan pengurangan keluasan kawasan banjir seluas 125km persegi menjelang Tahun 2020.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Chukai telah diluluskan dalam RMK 11 dan dikenali sebagai Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman.

Projek ini merupakan penyelesaian jangka masa panjang yang menelan belanja RM300 juta.

Tinggalkan komen anda