Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

“Mohon kajian terperinci sebelum tandatangan TPPA – MTEN.”

By 11 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Siti Rashidah Musa SHAH ALAM, 11 Jan (Malaysiaktif) – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) telah mengadakan Sidang Kemuncak TPPA di Ideal Convention Centre (IDCC) pada 9 Januari lepas.

Antara isu yang dibangkitkan adalah untuk memohon pihak kerajaan mempertimbangkan sewajarnya dan membuat kajian secara terperinci sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Penelitian perlu bagi memastikan Malaysia akan diberi jaminan yang kukuh atas dasar dan kepentingan negara sebelum TPPA dilaksanakan sepenuhnya.

Di samping itu, ia juga bagi memastikan negara ini tidak dikekang dan dikawal oleh kuasa barat.

Sidang kemuncak ini turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar.

Forum persidangan ini yang bermula jam 10.30 pagi diwakili oleh empat orang panel iaitu Encik Mohd Nizam Mahshar, CEO MTEM selaku Pengerusi Bantah TPPA, Prof Gurdial Singh Nijar, Profesor di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Saudari Chee Yoke Ling, Third World Network dan Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Tokoh Kemasyarakatan dan Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2015 dan dipengerusikan oleh saudara Rizal Jaafar.

Tinggalkan komen anda