Skip to main content
Berita TempatanSabah

Merakyatkan PDRM, Amanah Visi, Janji PDRM Keningau

By 28 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Sam Mansibu & Leonard Desmond (Sabah)

TAMBUNAN, SABAH, 28 Jan 2016 (Malaysiaktif) –? Masyarakat Tambunan dan Keningau di ingatkan agar sentiasa meningkatkan kesedaran tentang bahaya ancaman najis dadah.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Pencegah dadah Malaysia (PEMADAM) mampu menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia hari ini.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap Ahli Parlimen P180 Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika merasmikan Program Kesedaran Bahaya Ancaman Dadah di Tambunan kelmarin.

 

keningau3

 

Pairin turut menyatakan akan membantu membina sebuah pondok keselamatan di setiap kampung dalam daerah berkenaan bagi memastikan tahap keselamatan masyarakat terjamin.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Nyeging Taong berkata PDRM Keningau sentiasa berpegang kepada visi ‘Merakyatkan PDRM’ di kawasan pedalaman, termasuk di Keningau.

Program anjuran bersama PDRM, PEMADAM dan kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Tambunan di Pisompuruan Square ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat.

Beliau turut menyampaikan hadiah Johan Pertandingan Kebersihan, Keceriaan dan Potensi Pelancongan 2015 yang dimenangi oleh Kampung Tombotuon Tambunan. Mereka membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala, selain mendapat peruntukan ADUN bernilai RM20,000. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Kampung Minodung dan Kampung Lintuhun.

Semenatara itu, pelari pecut negara, Felicia Mikat, yang memenangi tiga pingat emas dalam temasya Sukan Paralimpik di Singapura tahun lepas menerima sumbangan daripada pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah Tambunan.

Sempena majlis, pelbagai program diadakan, termasuk ceramah oleh AADK Keningau, pertunjukkan anjing terlatih (K9), Pameran PDRM , Kempen Derma Darah dan Sumbangan Derma daripada Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kepada dua mangsa rumah terbakar.

 

Tinggalkan komen anda