Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Kampung Sungai Rayu Balai Raya Dibaiki

By 26 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Abdul Aziz Ghani (Sabah)

KUNAK, 26 Jan  (Malaysiaktif) – Penduduk Kampung Sungai yang  terletak tujuh kilometer dari Pekan Kunak merayu agar pihak kerajaan dapat membaiki semula balai raya di kampung berkenaan yang sudah lama runtuh.

Menurut Ketua Kampung, Awang Harris, pihaknya telah menghantar permohonan untuk membaiki atau membina semula balai raya tersebut yang merupakan pusat utama penduduk kampung berkumpul dan melakukan aktiviti sosial. Namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Tambahnya, ada juga wakil rakyat dan pemimpin masyarakat yang datang ke sini dan berjanji untuk mengambil tindakan membina sebuah dewan mini bagi menggantikan balai raya tersebut namun masih belum tertunai.

“Terdapat aktiviti pembinaan atau membaiki balai raya di kampung berhampiran tetapi tidak di Kampung Sungai dan ini seolah-olah suatu diskriminasi kepada kampung kami,” ujarnya lagi.

Awang berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membantu membaiki atau membina semula balai  raya itu agar aktiviti kemasyarakatan dapat dilakukan oleh penduduk kampung.

 

Tinggalkan komen anda